Wednesday 26 November 2014

KENAPA ALLAH BERI KITA SAKIT


Bismillahirahmanirahim..Assalamualaikum wbt..Alhamdulillah bersyukur jejari masih dapat menaip untuk entry kali ini.hari ini nak berkongsi kenapa kita diberi merasakan kesakitan tidak kiralah ringan mahupun yang berat.Bersyukur wahai sahabat kerana sakit itu jug satu nikmat.tidak semua orang berpeluang merasainya.hanya golongan yang tertentu sahaja yang memperoleh nikmat tersebut.Ini bermakna Allah ingat dekat kita.Bagi yang tidak penah sakit alhamdulillah.Tetapi jangan terlalu seronok berfuya-fuya kerana kita sentiasa sihat.pernahkah kita terfikir aku selalu sihat tidak pernah sakit adakah Allah tidak ingat kepada aku?Haa rasanya susah rasanya nak berjumpa dengan orang yang berfikiran seperti itu.

Baru-baru ini keluarga saya juga telah diuji oleh Allah swt.muhammad ikram zhafran nama si comel yang baru beberapa bulan dihantar kepada kami sekeluarga.lahir dalam keadaan yang premature dan disahkan mengalami jantung berlubang.Semasa operation doktor bedah menyatakan ini pertama kali pembedahan yang sangat mudah beliau lakukan sedangkan penyakit yang di alami si comel ini agak serius.Alhamdulillah kuasa Allah.Tetapi setelah itu keadaan si comel ini agak kurang memuaskan sehingga doktor sendiri berserah pada kekuatan si comel ini dan takdir Allah.
si comel muhammad ikram zhafran

Hati kami sekeluarga itu hanya sang pencipta yang mengetahui.Tetapi dalam pada masa yang sama si comel ini masih terus berjuang melawan kesakitan yang sedang dialaminya walaupun dirinya ketika itu penuh dengan wayar-wayar yang saya sendiri tidak sanggup melihatnya.Tetapi kami sekeluarga cuba berfikiran positif.ada hikmah disebalik ujian Allah ini.Jika si comel itu mampu melawan penyakitnya kenapa kami tidak mampu untuk menyokongnya.Dengan berkat doa si comel semakin pulih..alhamdulillahHanya orang yang terpilih dapat merasai nikmat Allah ini..ingat sahabat Allah takkan uji hambanya lebih daripada kemampuan kita..Dia yang menciptakan kita dan Dia juga tahu apa yang terbaik dalam perjalanan hidup kita ini..

salam cinta

Friday 24 October 2014

ALLAH MASIH KURNIAKAN NIKMAT NYAWA

Alhamdulillah Ya Allah engkau masih berikan diri ini nikmat nyawa yang paling berharga dalam diri seorang bernama manusia..tup tup dah dekat setahun blog ni senyap tanpa jejari..haha..ni bermaksud tinggal berapa bulan je lagi genap 3 tahun aku sebagai mahasiswa Kolej Universiti Islam Melaka as a graduation of caunselor..dalam masa tu jugak macam-macam benda dah liku-liku hidup yang aku belajar..baik dr segi belajar dari segi hati dan lain-lain..pandai pilih jalan berjaya lah hidup..kalau lalai kelaut namanya..membohong aku tak pernah kelaut kan..tapi alhamdulillah bbrapa bln je..nasib Allah tu cpt bg hidayah..biasalah manusia mana tak pernah bt silap..inshaAllah lepas ni dah boleh fikir matang lagi..sekarang tinggal nak praktikal dan habiskan semester terakhir :))

salam cinta

Wednesday 22 May 2013

wanita dambaan syurga


Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah Allah masih memberi peluang untuk kita berkongsi ilmu.Jom berstories tapi tak banyak sangat.Pagi tadi macam biasa jadi peneman mak hantar my sis pergi kerja.sebelum bergerak sempat pula tengok tv rancangan ‘tanyalah ustazah’by my inspiration motivator iaitu ustazah siti nor bayah.Saya telah jadikan beliau sebagai sumber inspirasi sebab bila dia bercakap penuh dengan keyakinan dan itu perlu ada dalam diri seorang kaunselor inshaAllah suatu hari nanti impian tersebut akan dicapai.:)..tajuk hari ni WANITA DAMBAAN SYURGA.
tajuk yang menarik + dengan penceramah yang best.antara soalan yang dibahas oleh ustazah ialah bagaimana hendak menjadi wanita dambaan syurga ni.First solat lima waktu mestilah cukup dan khusyuk.Uztazah ada cakap kalau dia nak solat sebelum tu dia akan bayangkan dihadapannya ialah Allah,dibelakangnya malaikat Izrail,kanannya syurga,dan kirinya neraka.manakala tempat beliau berdiri diibaratkan sedang berada dititian siratulmustaqim.Selepas itu barulah beliau mulakan solat.InshaAllah semoga kita juga boleh amalkan.seterusnya nak jadi bidadari syurga kenalah jaga kehormatan diri.kalau cakap je kehormatan diri mesti semua tahukan.mula-mula aurat lah dititik beratkan.third ialah mengerjakan puasa iaitu pada bulan ramadhan.jgn sbln pula ‘emcy’.last ways pula hormat/taat pada suami.bagi yang dah bersuami wajib hormat pada suami,jgn meninggikan suara dll.senangkan perempuan ni nak masuk syurga.ttp wanita juga paling senang nak masuk neraka.jadi kalau tak nak ke neraka jom sama-sama kita lakukan amar makruf nahi mungkar.INSHAALLAH kita semua boleh..assalamualaikum wbt..:))

Tuesday 14 May 2013

FERRARI

Assalamualaikum wbt..


Ferrari awesomekan.semua orang minat.semua orang nak.tapi tak semua yang mampu.berangan-angan je la kan.hihi.tapi kalau usaha insyaallah boleh dapat.kalau nak tau sebenarnya semua orang boleh dapat Ferrari.                    
                   
maksud Ferrari dekat sini bukan kereta ye but wanita.perempuan ni ibarat kereta Ferrari.sebab apa saya cakap macam tu?haa cube kita flash back our mind.siapa yang ada Ferrari ni mesti diaorang jaga elok-elok kereta tu.tak bagi calar sikit pun.berkilat jangan cakap la.kalau boleh hari-hari nak basuh,siap vacumm lagi.macam tu la perempuan.kalau nak dipandang tinggi macam tu kita kena jaga diri.bukan setakat manusia je Allah nombor satu paling sayang dekat kita tau.Siapa yang tak nak Allah sayang kan.bukan setakat berebut-rebut nak disanjung tinggi oleh manusia sahaja.Jadi tittle entri kali ni lebih kepada aurat kita.tak semestinya nak tutup aurat kene pakai tudung labuh then baju besau-besau.keluar dah loghat Melaka..haha.Almaklumlah insyaallah 3 tahun akan jadi rakyat sementara dekat Melaka tuh..continue balik..kita sendiri tahu pakai tudung tu tak wajib tapi yang wajibnya ialah menutup aurat.bila dulu dekat sekolah ustaz/ustazah pesan perempuan kena tutup aurat tup tup apa yang bermain difikiran kita time tu kena pakai tudung labuh,berjubah.Jom kita betulkan balik pemikiran kita.nak tutup aurat bukannya kena pakai tudung labuh-labuh sampai dekat kaki,pakai baju besaq-besaq sampai kebersihan pun tak terjaga.maksud cara menutup aurat dekat sini adalah kita melabuhkan tudung sehingga menutupi dada,longgarkan pakaian kita jangan sampai nampak bentuk tubuh kita.haa kan sedap mata memandang.fitnah juga dapat dielakkan.Tapi jangan bila dinasihatkan supaya perbetulkan diri kita bagi jawapan seru tak sampai lagi.nak tunggu seru tu datang bilalah agaknya kan.YANG BULAT TIDAK DATANG BERGOLEK,YANG PIPIH TIDAK DATANG MELAYANG..so maksudnya tanpa usaha kita takkan dapat apa-apa.kita kena usahakan dulu.belajar sikit-sikit dulu insyaallah Allah akan beri petunjuk.bila kita dah jadi macam ferrari banyak benda yang akan buat diri kita lebih kepada kebaikan.kita tak biarkan diri kita disentuh(terjebak perkara -).macam kereta Ferrari mana boleh dipegang-pegang sesuka hati.nanti habis bercalar.nak repair balik hari –hari kumpul duit belanja sekolah  pun belum tentu dapat bayar.Kalau perempuan dah jadi ferarri tu orang lain hanya boleh tengok je..no touch-touch.itu lah sebab kita kena jaga pemakaian kita + akhlak.kalau akhlak zero pun tak jugak cantik dipandang.Ada jugak dengar diorang ni cakap kalau nak pakai semua tu tak boleh nak ikut style.
Siapa cakap Allah sendiri tak melarang hambanya untuk berfesyen.tapi kena la yang sesuai.sekarang dah banyak kedai baju muslimah.tak payah pegi jauh-jauh online shop pun ada.trend sekarang yang paling hot selendang/pashmina..boleh je nak pakai then kita labuhkan a.k.a belilah yang bidang besaq sikit.nak tau cara pemakaian yang sesuai tekan link youtube ni.macam-macam pattern boleh tengok.haha..okey assalamualaikum wbt
sabda Rasulullah s.a.w:
"secantik-cantik perhiasan ialah wanita solehah"
p/s: ilmu wajib dikongsikan bersama..segala perkongsian ini juga untuk diri saya ..

Sunday 12 May 2013

berapa nilai maruah diri kita

assalamualaikum wbt :]

FEELING..who's have a feeling??semua manusia ada.jangan menipu diri sendiri bagi sesiapa yang cakap 'tiada'.perasaan tu fitrah dalam diri manusia.tapi kenapa kita salah gunakan nikmat yang Allah kurniakan?manusia yang normal ialah manusia yang ada perasaan.bila ada perasaan wujudnya emosi.haa kan dah masuk bab psikologi.huhu.tak salah kalau kita gunakan untuk kebaikan.dalam Islam pun tak melarang seseorang tu bercintakan.ianya jadi salah bila kita jadikan benda tu negative.Perlu ke jumpa setiap masa,berpegang-pegang tangan lagi.maaf kalau ada yang terasa.tidak malukah kita bagi kaum hawa apabila membenarkan orang yang bukan mahram menyentuh kita sesuka hati.Saya ada seorang cousin lelaki.dia pernah beritahu bahawa macam mana jahat pun lelaki ni nanti nak kahwin mesti cari yang baik-baik je.yang boleh pegang-pegang sekarang ni just nak seronok je.dari situ kita dah nampak berapa je harga maruah seseorang perempuan yang dinilai oleh lelaki.rendah sungguh maruah seorang wanita itu apabila memberi keizinan kepada orang yang bukan muhrimnya menyentuhnya.kenapa bila ayah kita nak peluk kita nak sayang kita,kita segan?alasan dah besar.kalau boyfriend pegang peluk kita tak pernah segan malah ketika itu malaikat di bahu kiri penat mencatit amalan kita

.
pada mulanya couple itu tak haram tapi jadi haram bila perkara-perkara begini terjadi.ianya jadi haram disebabkan kita sendiri.sama jugalah seperti makan daging lembu tidak haram tetap makan daging lembu yang dicuri adalah haram.dan jika batas-batas itu dijaga iannya tidak dipanggil bercinta tetapi saling mengenali.wahai kaum hawa sebaik-baiknya kita renungkan kembali.apakah yang kita lakukan sebelum ni benar atau tidak.jika ia salah maka tinggalkanlah dan jika ia benar mohon petujuk dari Allah.Janganlah kita memperendahkan martabat kita sebagai seorang perempuan.belum tentu lelaki yang berani cakap 
'you jump,i jump'tu yang terbaik untuk kita..setakat dalam kolam renang boleh la.ada yang berani lagi cakap lautan api sanggup ku tempuhi..tangan melecur sikit pun dah sakitkan.jadi fikir-fikirkan lah.bagi sesiapa yang dah ada banyak-banyak minta petunjuk dari Allah sama ada dia adalah yang terbaik atau sebaliknya.kita hanya mampu merancang dan Allah yang menentukan segala-galanya..


assalamualaikum wbt..

SELAMAT HARI IBU

Assalamualaikum wbt..

macam mana kita ada dekat sini?siapa yang lahirkan kita?jawapan untuk semua soalan itu ialah..I.B.U..semua orang ada ibu/mak/mama/mummy/ummi and what ever u call her btw the meaning is same.12 mei 2013 is mother day.mesti ramai yang celebratekan.Alhamdulillah kerana kita mahu meluangkan masa bersama mereka
                                            
Sebagai anak jangan sesekali mengeluh untuk spend time dengan mereka.Ingat semasa kita kecil mereka tak pernah nak merungut menjaga kita bahkan mereka menjaga kita bagai menatang minyak yang penuh.Tu tak termasuk lagi kesakitan yang mereka tanggung masa lahirkan kita.kalau diikutkan apa yang kita beri dekat mereka selama ni belum cukup nak balas semua jasa-jasa mereka.Hari ini bukak je tv sempena hari ibu semua tentang kisah ibu-ibu di rumah orang tua.Allahuakbar!mana anak-anak mereka.ada yang cakap dah dekat 7 tahun tak jumpa anak-anak.Masyaallah..sanggupkan kita biarkan ibu kita dekat sana.Kiamat makin hampir..inilah tanda-tandanya..Kasih sayang anak terhadap kepada ibu bapa semakin hilang.dalam hidup mereka hanya ada rakan",isteri dan anak".Sementara ibu kita masih lagi ada berkorbanlah demi mereka.Bukan wang ringgit yang mereka perlukan tetapi cuma kasih sayang kita terhadap mereka.

                                   
assalamualaikum wbt :)

Wednesday 8 May 2013

LA TAHZAN INNALLAHA MAANA

 Assalamualaikum wbt..


Dalam gembira pasti ada kesedihan kan.Jangan bersedih wahai hati sesungguhnya Allah bersama kita.Biar apa pun jadi kita kena yakin sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui segalanya..

  





lembutkan hati dan lidah kita dengan zikrullah..Insyaallah hati pasti akan tenang..

semoga berjumpa lagi..assalamualaikum wbt :)