Wednesday 21 November 2012

hadiah terindah dari ayah

assalamualaikum w.b.t

kali ni ayah bagi hadiah lain dari yang lain.tak sama macam yang lain.tiba-tiba hati rasa terusik bila tengok ayah bawak balik hadiah tu.ayah cakap ustaz ni ada datang bagi ceramah dekat surau.dieorang ada jual so ayah beli.kalau orang lain tengok mungkin macam biasa.tapi bagi diri ni insyaallah ayah nak yang terbaik dari anak-anak dia.untuk pengetahuan korg buku'NOTA UNTUK ANAKKU' tu best.banyak nasihat seorang ayah beri kepada anak-anak dia.kita boleh ambil pengajaran dari situ.buku yang lagi dua tu tentang cara nak perbetulkan bacaan dalam al-quran.sedikit demi sedikit diri ini tau banyak juga kesalah yang telah dibuat semasa membaca al-quran walaupun bacaan kita lancar.insyaallah boleh diperbaiki.dengan pemberian ini ayah telah menambahkan lagi pengetahuan dalam diri puteri-puterinya.tetapi apa yang mak dan ayah bagi dekat kiteorang sebelum ni jugak banyak membentuk diri kami.kata orang tak mudah menjaga anak perempuan.maaf saya ingin kata bahawa kata-kata tersebut salah!!mak dan ayah saya telah berjaya membesarkan kesemua puteri-puterinya yang seramai 6 orang tanpa ada cacat celanya.insyaallah kami akan terus diberi didikan yang sempurna.kami tidak dibesarkan dengan kegarangan mak dan ayah tetapi ketegasan yang mereka beri membuatkan kami menjadi seorang 'manusia'.hanya Allah yang dapat membalas segala pengorbanan mereka.terima kasih mak ayah.insyaallah jika Allah beri kesempatan pada diri ini untuk membalas jasa mak dan ayah walaupun sedikit akan saya cuba.AMIN..

.

No comments:

Post a Comment