Thursday 25 April 2013

tips kerja berpasukan

  assalamualaikum wbt..

sebagai student kebayakannya sekarang assignment semuanya dalam bentuk kumpulan.tanpa kerjasama dan satu hati sesuatu kerja takkan siap.entri kali ni dikongsikan tips kerja berpasukan.kalau rasa ianya baik boleh lah kita ambil sebagai pengajaran tapi kalau sebaliknya sila abaikan sajaa..:)
  • banyak bersantai dan bermain lebih daripada bermesyuarat dan berbual.Ini kerana sikap seseorang sangat mudah dikenal pasti dalam bentuk permainan dan aktiviti yang melibatkan pergerakan.


how can learn more about a person in an hour of play then you can from a lifetime of conversatition
-plato-

  • biasakan diri mendahulukan telinga sebelum berkata-kata.keterbukaan mendengar perkataan dan luahan orang lain merupakan sikap kepimpinan yang paling sukar dilakukan.kebanyakan orang lebih selesa bercakap dan merasakan bahawa dirinya sudah berpengetahuan tinggi,namun mereka lupa bahawa manuisa lebih mudah dijinakkan dengan kuasa penampilan seseorang.


people don't care how much you know until they know how much you care
-Stephen R.Covey-

  • bersangka baiklah dengan semua orang.jangan menghukum sesorang hanya berdasarkan pandangan zahir mata.menurut Peter Drucker,pakar pengurusan dari Amerika,60% punca kelemahan pengurusan organisasi berpunca daripada komunikasi yang lemah.komunikasi yang lemah pula banyak berpunca daripada kelemahan mendengar.kelemahan mendegar berlaku apabila fikiran pendengar penuh dengan prasangka terhadap masa silam si penutur atau penampilan fizikalnya atau kelemahan tutur penceritaannya.sungguh Nabi Muhammad telah ditegur dengan suatu yang nampak seperti kecil,namun sangka buruk dan bermasam muka itulah mendapat perhatian besar disisi Allah.


Allah berfirman yang bermaksud:
"Dia(Muhammad)bermasam muka dan berpaling,lantaran datang kepadanya orang buta itu dan adakah engkau tahu,barangkali dia(si buta itu)mahu membersihkan dirinya"
(surah Abasa 80:1-3)

No comments:

Post a Comment