Wednesday 26 November 2014

KENAPA ALLAH BERI KITA SAKIT


Bismillahirahmanirahim..Assalamualaikum wbt..Alhamdulillah bersyukur jejari masih dapat menaip untuk entry kali ini.hari ini nak berkongsi kenapa kita diberi merasakan kesakitan tidak kiralah ringan mahupun yang berat.Bersyukur wahai sahabat kerana sakit itu jug satu nikmat.tidak semua orang berpeluang merasainya.hanya golongan yang tertentu sahaja yang memperoleh nikmat tersebut.Ini bermakna Allah ingat dekat kita.Bagi yang tidak penah sakit alhamdulillah.Tetapi jangan terlalu seronok berfuya-fuya kerana kita sentiasa sihat.pernahkah kita terfikir aku selalu sihat tidak pernah sakit adakah Allah tidak ingat kepada aku?Haa rasanya susah rasanya nak berjumpa dengan orang yang berfikiran seperti itu.

Baru-baru ini keluarga saya juga telah diuji oleh Allah swt.muhammad ikram zhafran nama si comel yang baru beberapa bulan dihantar kepada kami sekeluarga.lahir dalam keadaan yang premature dan disahkan mengalami jantung berlubang.Semasa operation doktor bedah menyatakan ini pertama kali pembedahan yang sangat mudah beliau lakukan sedangkan penyakit yang di alami si comel ini agak serius.Alhamdulillah kuasa Allah.Tetapi setelah itu keadaan si comel ini agak kurang memuaskan sehingga doktor sendiri berserah pada kekuatan si comel ini dan takdir Allah.
si comel muhammad ikram zhafran

Hati kami sekeluarga itu hanya sang pencipta yang mengetahui.Tetapi dalam pada masa yang sama si comel ini masih terus berjuang melawan kesakitan yang sedang dialaminya walaupun dirinya ketika itu penuh dengan wayar-wayar yang saya sendiri tidak sanggup melihatnya.Tetapi kami sekeluarga cuba berfikiran positif.ada hikmah disebalik ujian Allah ini.Jika si comel itu mampu melawan penyakitnya kenapa kami tidak mampu untuk menyokongnya.Dengan berkat doa si comel semakin pulih..alhamdulillahHanya orang yang terpilih dapat merasai nikmat Allah ini..ingat sahabat Allah takkan uji hambanya lebih daripada kemampuan kita..Dia yang menciptakan kita dan Dia juga tahu apa yang terbaik dalam perjalanan hidup kita ini..

salam cinta

No comments:

Post a Comment