Friday 26 April 2013

bercicin pun ada style

assalamualaikum wbt..

semua orang suka pakai cincin kan?kan?kalau ada yang tak suka pun satu dalam seribu je.walau apa pun,tangan yang bercincin itu ada manisnya.namun alangkah lebih manis andai kita dapat bercincin mengikut syariat.

JARI YANG DIPAKAI CINCIN
Sayidina Ali.r.a. berkata:"Rasulullah melarangku memakai cincin dijariku ini atau yang ini.
".beliau mensyariatkan jari tengah dan jari telunjuk.(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Para ulama bersepakat bahawa kaum wanita boleh memakai cincin diseluruh jarinya termausklah jari tengah atau telunjuk sebagaimana yang disebutkan oleh Imam al-Nawawi.dalam soal perhiasan,Islam memberikan ruang yang sangat luas buat wanita.

JENIS LOGAM CINCIN
perempuan:semua jenis seperti kayu,jed,emas,perak,besi,tembaga dan manik.
lelaki:semua jenis kecuali emas

REKA BENTUK CINCIN
Tiada larangan khusus sama ada cincin itu mesti berbatu ataupun tidak.Namun secara prinsipnya,cincin yang hendak dipakai mesti bebas daripada unsur berikut:
  • tasyabbuh iaitu meniru identiti khusus sesuatu kumpulan orang kafir atau fasiq.contohnya seperti cicncin yang ada lambang Islamik.
  • berukiran binatang atau lambang tidak islamik.
  • ada kepercayaan karut tertentu.cincin kayu kokka,kayu tas dan kemuning hitam,geliga besi kursani yang kononnya ada khasiat unik seperti pedinding diri.
  • terlalu besar atau berat daripada kebiasaan.ini bagi mengelak wujud unsur riyak dan ingin menunjuk-nunjuk.


Dalam Islam,cincin itu hanyalah perhiasan,tidak lebih daripada itu.Allah suka hamba-Nya yang kemas berhias.Apa yang lebih penting,lahirkanlah kesyukuran dengan bercincin.Alhamdulillah,Allah berikan rezeki untuk ada bercincin dan alhamdulillah Allah berikan jari untuk bercincin.

p/s:yang baik kita jadikan iktibar yang buruk kita tinggalkan.
[perkongsian oleh Muhammad Luqman Makhtar dlm buku Gen-Q]

No comments:

Post a Comment