Tuesday 14 May 2013

FERRARI

Assalamualaikum wbt..


Ferrari awesomekan.semua orang minat.semua orang nak.tapi tak semua yang mampu.berangan-angan je la kan.hihi.tapi kalau usaha insyaallah boleh dapat.kalau nak tau sebenarnya semua orang boleh dapat Ferrari.                    
                   
maksud Ferrari dekat sini bukan kereta ye but wanita.perempuan ni ibarat kereta Ferrari.sebab apa saya cakap macam tu?haa cube kita flash back our mind.siapa yang ada Ferrari ni mesti diaorang jaga elok-elok kereta tu.tak bagi calar sikit pun.berkilat jangan cakap la.kalau boleh hari-hari nak basuh,siap vacumm lagi.macam tu la perempuan.kalau nak dipandang tinggi macam tu kita kena jaga diri.bukan setakat manusia je Allah nombor satu paling sayang dekat kita tau.Siapa yang tak nak Allah sayang kan.bukan setakat berebut-rebut nak disanjung tinggi oleh manusia sahaja.Jadi tittle entri kali ni lebih kepada aurat kita.tak semestinya nak tutup aurat kene pakai tudung labuh then baju besau-besau.keluar dah loghat Melaka..haha.Almaklumlah insyaallah 3 tahun akan jadi rakyat sementara dekat Melaka tuh..continue balik..kita sendiri tahu pakai tudung tu tak wajib tapi yang wajibnya ialah menutup aurat.bila dulu dekat sekolah ustaz/ustazah pesan perempuan kena tutup aurat tup tup apa yang bermain difikiran kita time tu kena pakai tudung labuh,berjubah.Jom kita betulkan balik pemikiran kita.nak tutup aurat bukannya kena pakai tudung labuh-labuh sampai dekat kaki,pakai baju besaq-besaq sampai kebersihan pun tak terjaga.maksud cara menutup aurat dekat sini adalah kita melabuhkan tudung sehingga menutupi dada,longgarkan pakaian kita jangan sampai nampak bentuk tubuh kita.haa kan sedap mata memandang.fitnah juga dapat dielakkan.Tapi jangan bila dinasihatkan supaya perbetulkan diri kita bagi jawapan seru tak sampai lagi.nak tunggu seru tu datang bilalah agaknya kan.YANG BULAT TIDAK DATANG BERGOLEK,YANG PIPIH TIDAK DATANG MELAYANG..so maksudnya tanpa usaha kita takkan dapat apa-apa.kita kena usahakan dulu.belajar sikit-sikit dulu insyaallah Allah akan beri petunjuk.bila kita dah jadi macam ferrari banyak benda yang akan buat diri kita lebih kepada kebaikan.kita tak biarkan diri kita disentuh(terjebak perkara -).macam kereta Ferrari mana boleh dipegang-pegang sesuka hati.nanti habis bercalar.nak repair balik hari –hari kumpul duit belanja sekolah  pun belum tentu dapat bayar.Kalau perempuan dah jadi ferarri tu orang lain hanya boleh tengok je..no touch-touch.itu lah sebab kita kena jaga pemakaian kita + akhlak.kalau akhlak zero pun tak jugak cantik dipandang.Ada jugak dengar diorang ni cakap kalau nak pakai semua tu tak boleh nak ikut style.
Siapa cakap Allah sendiri tak melarang hambanya untuk berfesyen.tapi kena la yang sesuai.sekarang dah banyak kedai baju muslimah.tak payah pegi jauh-jauh online shop pun ada.trend sekarang yang paling hot selendang/pashmina..boleh je nak pakai then kita labuhkan a.k.a belilah yang bidang besaq sikit.nak tau cara pemakaian yang sesuai tekan link youtube ni.macam-macam pattern boleh tengok.haha..okey assalamualaikum wbt
sabda Rasulullah s.a.w:
"secantik-cantik perhiasan ialah wanita solehah"
p/s: ilmu wajib dikongsikan bersama..segala perkongsian ini juga untuk diri saya ..

No comments:

Post a Comment